Monday 20 May 2013

first try : Hanya Kamu

"Kimi, jgn tinggalkan aku Kimi!. jangan!!". Manik-manik peluh penuh membasahi dahi aida. 'astarfirullahhal azim, aku mimpi rupanya. Ya Allah tempatkanlah Kimi dikalangan orang-orang yg beriman'. Umi yang sedang tidur disebelah Aida turut terjaga apabila terdengar Aida terjerit-jerit memanggil nama Kimi. "Aida, kau kenapa? mengigau sampai panggil nama Kimi nie kenapa?". "aku mimpi Kimi, Umi. aku rindu sangat dekat Kimi". Tangis Aida semahunya di bahu Umi. "sabar Aida,sudah suratan takdir. Mungkin ada hikmahnya syg.,yang da tiada tu jgn dikenang".

 Kimi Alias, kawan baik kepada Aida dan Umi, tapi sayangnya umur Kimi tidak panjang. Kimi meninggal disebabkan sakit kanser paru-paru 2 tahun lalu. Umi paham akan perasaan Aida, masakan tidak kerana Aida menyimpan perasaan terhadap Kimi tetapi Aida tidak pernah meluahkan perasaannye kepada Kimi kerana dia takut Kimi akan menjauh daripada hidupnya. Bagi Aida, persahabatan itu lebih penting daripada cinta dan sehingga ke hari ini cinta Aida masih untuk Kimi. Hanya Umi sahabat baiknya saja yg memahami perasaan Aida saat ini.

*****2tahun lalu*******

Aida dan Umi masih menunggu diluar rumah Kimi. Hari ini keputusan matrik masing-masing telah dikeluarkan. Mereka bertiga berjanji untuk meraikan kejayaan di Jaya Jusco bersama setelah bertungkus lumus selama setahun di matrikulasi dan akhirnya pointer masing-masing amat memberangsangkan."ala apasal la lambat sangat si Kimi ni? aku dah jenuh tunggu putera sorang ni', rungut Umi kepada Aida. "Umi, kau ni kan tak kan tak paham lagi perangai si Kimi ni, bersiap mengalahkan perempuan. Haa tu da keluar dah si Kimi tu".

Kimi hanya mengenakan T-shirt merah dan berseluar jeans. Tampil simple tapi masih lagi dapat mencairkan hati-hati si anak dara.Mak dara pun boleh tergoda tau kalau terlihat senyuman Kimi Alias ni. Masuk saja Kimi ke dalam perut kereta Umi pon memulakan aksi perli memerli si Kimi. "cik abg Kimi oii, kau ni bermake up ye, tahu la nak keluar dengan aku dan Aida. Tak payah make up pon tak pe, Aida still syg kau",. "heii, mana ada la, kau ni Aida kalau sehari tak kena kan aku dgn Kimi memang tak sah kan?",balas Aida kembali. 'Umi,Umi boleh tak kalau mulut kau tu jgn asyik nak kenakan aku dgn Kimi, nasib baik kwn.

"Aida, nie kenapa tenung-tenung aku ni? bila kau nak jalannya kereta ni? memang kereta ni jalan sendiri and satu lagi tau la aku hensem kacak dan bergaya.haha". Amboi, perasan sungguh la mamat si Kimi ni. Aida,Aida macam mana la kau boleh tangkap cintan dengan mamat ni? haha. "eh tolong sikit, setakat muka kau tu,nenek aku pun tak kat kau tau". bidas Aida tidak mahu mengalah. Kereta yang dipandu  melunjur laju ke tempat destinasi yg dituju. "Aida, betol ke nenek kau kalau tangok aku dia tak berkenan? tapi kalau cucu dia yg berkenan kat aku pulak mcm mana?"' Kimi sengaja menguji Aida.

Sebenarnya Kimi juga menyimpan perasaan yg sama terhadap Aida. Tetapi disebabkan penyakit yg dihidapi  Kimi terpaksa pendamkan jua. Dia tidak mahu Aida bersedih kerana dia tahu, dia tidak dapat bertahan lama lagi untuk terus hidup. Kimi juga berahsia kepada Aida dan Umi tentang penyakitnya yg dia hidapi sejak setahun yg lalu. hanya keluarganya yg tahu penyakit Kimi. Mujur juga mereka bertiga tidak mendapat matrikulasi di tempat yg sama, jadi Aida dan Umi tidak tahu apa yg berlaku sebenarnya terhdap dirinya.

*************bersambung*********

No comments:

Post a Comment

Followers

5Tk. raya 2010.=)

5Tk. raya 2010.=)