Friday, 26 July 2013

Hanya Kamu : part 2

*****sambungan hanya kamu part 2 *****
"kita nak main bowling nie berapa game Kimi? Umi?",tanya Aida kepada dua sahabatnya itu. "Tah la, aku ikut je berapa game pun, kan cik abg Kimi kita nie nak belanja kita, hahaha,". "yeee. aku bayar,.10 game pun aku sanggup bayar, tidur sini sampai korang puas main pun aku sanggup..hahaha". Akhirnya berderai tawa mereka bertiga di dalam tempat bowling itu. "Kita main satu game la dulu, kalau tak puas baru la tambah. Nanti karang tak sempat nak tengok wayang cerita kesukaan kau Aida, oii." cadang si Kimi."okey jugak tu, tapi wayang Umi ,kau belanja tau..hehehe," pinta Aida kepada Umi."ye la, maklumla kan orang tu bagi kita naik kereta dia tak payah bayar duit minyak pun". "ala. makan aku belanja ye cik Umi dan Kimi?",bodek si Aida,ingt kan Aida nie tak reti nak belanja kawan-kawan dia..haha."okey,setuju!"serentak Umi dan Kimi memberi tindak balas kimia mereka sambil diiringi gelak tawa mereka bertiga.

"turn kau pulak Kimi" jerit Umi. "yee.aku tau, saksikanlah king of the strike!" bingkas Kimi dengan muka yg tersangat berlagak. "Umi,perasan tak yang badan Kimi tu makin susut aku tengok".tanya Aida kepada Umi."ermm,aku pun perasan jugak,muka dia macam orang sakit je.Aku ada tanya dia tadi tapi dia senyum je",balas Umi kepada Aida. "hukk..hukkk..hukk..",Kimi menekup mulutnya, lalu rebah ke lantai. Aida dan Umi terkejut dengan keadaan Kimi. Mereka berdua berlari mendapatkan Kimi yang rebah ke lantai di tempat bowing itu. "Kimi bangun!! kau jangan takutkan aku, bangun weiiii!!", Aida panik!, mujur Umi ambil langkah pantas dengan menelefon ambulan. "Aida, sabar aida. Kejap lagi ambulan sampai", pujuk Umi dalam nada sendu.  Selang beberapa minit ambulan datang dan Kimi dikejarkan ke hospital Permaisuri Bainon.

Sepanjang Aida,Umi dan ahli keluarga Kimi berada di luar bilik kecemasan Aida tidak putus-putus berdoa dalam hati walaupun dia tertanya-tanya apa yang disembunyikan oleh Kimi kepada mereka berdua. Tapi lidah Aida kelu untuk bertanya kepada ahli keluarga Kimi hanya airmata yang mampu dikeluarkan oleh Aida.
"Maaf puan,tuan. kami dah lakukan yang termampu tapi kami tak dapat selamatkan nyawa anak puan. Penyakit kenser paru-paru anak puan dah ditahap kritikal.maaf, puan", bergema tangisan ibu Kimi, iaitu Puan Aishah apabila doktor memaklumkan kedaan anaknya. Tetapi tidak bagi Aida,bagaikan halilintar yang menyambar apabila doktor memaklumkan hal tersebut. 'kennn...serrr? Kimi sakit kennserr paru-paru?'gumam hati Aida.

**************************************************************************
Bagi Aida peristiwa 2 tahun lalu sangat perit untuk dia telan. Merasakan pemergian seorang rakan tersayang juga cinta hatinya yg pergi mengadap Ilahi. Tapi dia redha dengan suratan takdir,Umi sentiasa ada sebagai pemberi semangat kepada Aida.

"oit mak cik,pehal termenung kat balkoni nie sorang-sorang? dari jauh aku panggil buat dekk je. Kering tekak aku panggil kau", bebel Adam Hakimi kepada Aida. Ya la kau nie pon Aida kesian dekat Adam nie dok terlolong panggil kau..hishh..tak patut!. "ehh!! heeeheee, sory bro. Aku tak dengar,teringat arwah mak..haha",bohong Aida kepada Adam. "haa, kenapa kau cari aku, Adam? ada hal penting ke?".tanya Aida.
"eh, budak nie, kau tengok jam dah pukul berapa tak nak masuk kelas ke? Aku call kau tak dapat. Dah jom cepat sebelum pensyarah singa tu masuk baik kita masuk kelas dia cepat, karang tak pasal-pasal  kena baca ikrar kat depan letchrer hall tu". "ye la.ye la. Fon aku beteri habis. Kau nie Adam membebel kalah pensyarah singa tu..dah jomm", laju saja kaki Aida mengatur langkah dan terkejar-kejar Adam mengikut langkah Aida. 'Itulah kau Aida teringat kat orang sampai lupa kelas yang last nie. eee. Nasib baik la ada si Adam nie. kau la hero aku adam,' bebel hati Aida.

Adam Hakimi, rakannya sejak hari pendaftaran setahun yang lalu di universiti ini dan mereka juga adalah coursemate. Adam sentiasa prihatin terhadap diri Aida. Bagi dia, Aida adalah segalanya. Dia keliru adakah dia sudah jatuh cinta  terhadap Aida sejak kali pertama berkenalan. Dia juga tahu kisah silam Aida dan dia pernah bertemu dengan Aida sebelum mereka berkenalan secara rasmi. Dia memegang amanat seseorang yang telah tiada dan ia harus dilaksanakan dan amanat itu ada kaitan dengan Aida.

******bersambung***


No comments:

Post a Comment

Followers

5Tk. raya 2010.=)

5Tk. raya 2010.=)